top of page
Search
Writer's pictureNurul Izzah

KEMAHIRAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Blog Individu


ANTARA KEMAHIRAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN IALAH:


1. KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR
  • Melayan

- Memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar tersebut.

- Menunjukkan rasa hormat, minat untuk melayan mereka dan mengambil berat

tentang mereka.

- Dengan cara ini, pelajar tersebut dapat meluahkan perasaan kepada guru

pembimbing kerana mereka berasa senang mendapat layanan seperti itu.

  • Mendengar

- Mendengar merupakan perkara asas yang wujud dalam bimbingan dan

penasihatan.

- Guru pembimbing perlu mendengar dengan baik dan memahami dengan tepat

tentang mesej yang telah disampaikan.

- Dengan cara ini, guru pembimbing dapat memberi beberapa cadangan yang

baik dan berkesan serta dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

  • Jenis penumpuan

- Mendengar - Isi, perasaan, makna dan pengalaman.

  • Antara halangan dalam proses mendengar ialah:

- Terlalu cepat menilai tentang mesej yang telah disampaikan.

- Tidak menumpukan perhatian dengan sebaiknya.

- Bersegera untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

- Soalan hanya ditumpukan kepada persoalan yang menarik sahaja.

- Guru pembimbing yang tidak dapat mengawal emosi.

- Terus memikirkan soalan yang berikutnya.


2. KEMAHIRAN KOMUNIKASI
  • Komunikasi berkesan

- Guru pembimbing menggunakan bahasa yang lebih jelas dan mudah difahami.

- Mempunyai keyakinan diri.

- Mewujudkan hubungan yang mesra di antara guru pembimbing dengan pelajar.

- Mewujudkan kepercayaan dalam mendengar.

  • Ciri-ciri komunikasi dalam bimbingan dan penasihatan

- Saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

- Mempunyai tujuan yang baik, iaitu untuk menolong.

- Teraputik (aktiviti menenangkan fikiran)

  • Terdapat dua jenis komunikasi, iaitu:

1. Lisan (Verbal), iaitu menyoal, parafrasa, memfokus dan merumus.

2. Tanpa lisan (Non-verbal), iaitu kontak mata, ekspresi muka, intonasi suara, tahap

tenaga dan sentuhan.

28 views0 comments

Comentarii


bottom of page